25,088 Tweet per Saat - Rekod Baru di Jepun

Kalau kat US Twitter memang medium paling popular. Tapi baru ni kat Jepun telah mencipta rekod baru bagi Tweets Per Second (TPS) melalui game show. Rekod tersebut tercipta semasa pertunjukkan yang popular kat sana, Castle In The Sky dan dilaporkan 25,088 tweet telah dihantar setiap saat.

Nombor ini mengatasi rekod sebelumnya 9,000 tweet dengan pengumuman kehamilan Beyonce. Walau bagaimanapun, rekod baru ni, merupakan kali kedua bahawa Jepun telah memasuki buku rekod untuk tweets dihantar sesaat. Mereka pernah mencatat rekod 3,283 TPS semasa perlawanan bola sepak antara Jepun dan Denmark pada Piala Dunia pada tahun 2010.

Pada rekod pertama, ramai yang melihatnya sebagai tanda sesuatu akan datang dan platform Twitter menjadi semakin popular di Jepun. Hari ni, Twitter mencatat kira-kira 10 juta pengguna aktif di Jepun, dan banyak yang mengatakan bahawa populariti keseluruhan Twitter boleh berkembang dengan lebih dalam tahun-tahun akan datang.

Agaknya bila negara Malaysia akan berjaya memecahkan rekod tersebut. Kat sini pun Twitter dah semakin popular tapi masih dikuasai oleh Facebook.

Labels: