Facebook Akan Membeli 15 Buah Syarikat

IPO (Initial Public Offering) Facebook akan berlaku sebelum musim panas 2012, jadi tak mustahil rangkaian sosial terbesar di dunia akan berbelanja dengan banyak berdasarkan potensi nilainya dan limpahan tunai untuk berkembang dengan lebih pesat.

Facebook merancang untuk memperoleh satu aset dalam bulan-bulan akan datang seperti yang diumumkan oleh Michael Brown, pengurus pembangunan korporat di Facebook dalam satu seminar baru-baru ni. "Facebook akan menggandakan kadar permulaan pengambilalihan tahun depan dan menjangka memperoleh sebanyak 15 syarikat-syarikat yang berlainan untuk menyerap idea-idea baru dan teknologi ".

Jika sesiapa yang boleh membeli 15 buah syarikat dengan berapa harga sekalipun, ia adalah Facebook, dan penganalisis menjangkakan Facebook akan menjadi sangat sibuk dalam masa 6 bulan akan datang untuk menyatukan rancangan-rancangan ni dan memberi pelabur sesuatu sebab untuk berasa gembira.

Penganalisis juga menjangkakan, pengambilalihan ni akan meletakkan Facebook setanding dengan Google dari segi modal pasaran dan kita dapat lihat peningkatan persaingan antara Google+ dan Facebook sendiri.

Labels: