Facebook Subscriber vs Twitter Follower

Biasanya bagi seorang blogger, jumlah followers kat Twitter akan berikan kelebihan sebab kemungkinan mereka akan klik link blog bila ada entri terbaru. Tahukah anda butang Subscribe kat Facebook pun memainkan peranan sama seperti Twitter. Bermakna seseorang tu akan jadi pengikut anda.

Sekarang kedua-duanya agak penting, tapi kebanyakan orang lebih suka follow sesebuah blog melalui Twitter. Mungkin sebab Facebook Subscribe belum menular sepenuhnya. Adakah Facebook Subscriber akan mengatasi Twitter Follower?

Saya rasa tidak. Sebab Twitter lebih pantas, senang dan straight to the point. Facebook pula agak "berat" sebab ia banyak elemen lain selain mengikuti feed sesebuah blog. Twitter lebih hebat kerana ia direka khas untuk menjadi pengikut dan Facebook direka untuk tujuan yang berlainan.

Twitter juga ada pengaruh yang besar dan lebih reliable bila menyebarkan sesuatu berita. Pendapat saya sendiri, Facebook tak akan dapat mengatasi Twitter dari segi Subscribe dan Follower. Dan kedua-duanya penting bagi seorang blogger atau pemilik laman web.

Labels: ,