Microsoft Akan Melabur Dalam Yahoo!

Enjin carian Yahoo! sekarang dah tak macam dulu lagi, sudah banyak mengalami luka dan sangat memerlukan perhatian. Microsoft tidaklah terlalu teruk sebagai syarikat perisian terbesar di dunia. Oleh itu, Microsoft akan menjadi yang pertama untuk membantu Yahoo!.

Menurut laporan, Microsoft mengetuai sebuah konsortium yang akan melihat ia mengambil saham minoriti dalam Yahoo! (sekitar 15%). Ini adalah berita baik, tapi Microsoft sebelum ni pun hampir gagal dengan Bing. Beberapa tahun lalu Microsoft pernah mendekati Yahoo dan bercadang untuk membeli kepentingan dalam Yahoo! dalam sekitar USD49 bilion.

Nampaknya sekarang Microsoft dah bersedia untuk menghadapi penolakan itu demi menjaga kepentingannya dalam pasaran enjin carian pasaran, apakah keadaan akan berubah jika Google memperoleh 10% kepentingan daripada Yahoo?

Nilai tawaran semasa yang diletakkan di atas meja Yahoo sebanyak USD20.6 bilion, jumlah yang agak jelas menunjukkan keadaan sebenar Yahoo. Dalam erti kata lain, Yahoo memerlukan pembeli, walaupun pemiliknya tak terlalu berminat kepada penjualan. Sudah tentu, ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana respons dari Google.

Labels: ,