Perubahan Dalam Google+ Menjelang Tahun Baru

Pihak Google dah lancarkan beberapa perkara baru dalam Google+ untuk pengguna enjoy pada musim cuti ni katanya. Ada ciri baru dilaksanakan atas permintaan pengguna dan ada yang baru mereka keluarkan. Dalam masa beberapa hari, semua orang dalam G+ akan dapat menikmati perubahan tersebut.

Nampaknya Google betul-betul mahu mengatasi Facebook sebagai platform sosial media utama. berikut ada beberapa perubahan atau improvements dalam Google+.

Stream

Kadang-kadang ada posts penting yang anda tak mahu terlepas daripada rakan-rakan rapat atau keluarga boleh hilang di kalangan posts orang lain kat stream. Google menambah kawalan yang akan membolehkan anda untuk "graphic-equalize" dan mengatur stream anda. Bila lihat stream untuk circle tertentu, anda akan melihat slider pada bahagian atas yang membolehkan anda menyesuaikan bagaimana posts dari circle itu perlu dicampur sekali ke dalam stream. Dengan cara ini anda tidak akan terlepas sesuatu posts dari seseorang yang istimewa, dan anda boleh ubah tetapan ini untuk membentuk stream sendiri.

Notificaions

Salah satu ciri yang paling berguna dan berharga  pada bar Google yang baru adalah penunjuk notifications berwarna merah. Anda tahu bila anda mempunyai kandungan sosial yang best, tapi notifications itu sendiri telah sedikit samar-samar, selalunya memerlukan anda untuk menavigasi ke kandungan itu sendiri untuk memahami apa yang berlaku. Yang terbaru ni mudah untuk dibaca "sneak previews" yang memnunjukkan segera apa yang terbaru. Google telah mengubah notifications ni dan jua beberapa penambahbaikan lain, termasuk keupayaan untuk melihat +1's dan kongsi posts anda.

Google+ Pages
Photo

Akhir sekali, Google juga membuat penambahbaikan kepada Google+ Photos, tepat pada masanya untuk musim percutian. Melihat gambar di Lightbox telah direka semula dengan navigasi yang lebih baik, meningkatkan bacaan komen dan utiliti keseluruhan yang lebih baik. Reka bentuk ini membuatkan gambar sebagai benda penting. Mereka juga memperkenalkan photo-tagging baru, sama macam kat dalam Facebook.



Sumber dari Official Google Blog

Labels: ,