Anonymous Ancam Akan Tutup Facebook

Updated on 25-Jan-12@3:10am - Anonymous menjelaskan di Twitter bahawa video tersebut adalah palsu, dan mereka tidak merancang untuk menyerang Facebook.
Anonymous merancang sasaran Facebook untuk serangan pada 28 Januari 2012 - itulah apa yang dikatakan dalam video yang diupload ke YouTube mendakwa atas nama rangkaian hacker.

"Perang internet telah dimulakan di antara Anonymous, rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat," petikan dari video tersebut. "Walaupun SOPA dan PIPA telah ditangguhkan dari Kongres, ini tidak menjamin bahawa hak-hak Internet kami akan dipatuhi."

Facebook, sudah tentu adalah salah satu laman web yang terbesar di dunia, yang beroperasi melalui beribu-ribu pelayan yang terletak di seluruh dunia. Dalam video tersebut, Anonymous mengakui kesukaran untuk menyerang tapak tersebut.

Video itu pada asasnya menyamakan syarikat milik persendirian dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS), tanpa ada sebarang penjelasan untuk perkara itu. CNET pernah menyatakan bahawa Zuckerberg mengambil masa terlalu lama untuk bersuara.

Labels: