Formspring Telah Melebihi 4 Bilion Jawapan

Formspring telah mengumumkan ciri-ciri baru dalam usaha mereka untuk mengekalkan pengguna. Laman web sosial Q&A ni kini mempunya lebih daripada 28 juta pengguna yang dan mendapat kira-kira 30 juta pelawat unik sebulan. Ini telah menyumbang lebih daripada 4 bilion jawapan kepada laman web ini, dan dengan perubahan terkini, bilangan ini dijangka akan bertambah.

Jadi, apakah ciri-ciri baru tersebut? Yang terbesar adalah direktori pengguna sendiri Formspring yang mereka panggil (surprise surprise) dalam "Favorites". Ciri baru ini telah diperkenalkan untuk menyerlahkan pengguna yang lebih popular di Formspring, sekali gus memberikan insentif kepada pengguna lain untuk lebih menyertai.

Ciri-ciri dalam "Favorites" dilihat sebagai pelengkap kepada ciri lain yang ditambah baru-baru ini yang dipanggil "Interests", ini membolehkan pengguna untuk memaparkan pertalian mereka dengan pelbagai kategori seperti Sukan, Muzik, Fesyen dan perkara biasa lain yang popular.

Dua ciri baru ni akan bersama memainkan peranan sebagai tambahan penting untuk fungsi Formspring, tetapi lebih daripada itu, ia menyebabkan orang ramai tertanya-tanya jika platform itu sendiri menjadi satu rangkaian sosial. Orang dalaman Formspring sudah tentu tidak berkata apa-apa untuk menyokong pandangan ini, tetapi sebagai laman yang menjadi lebih seperti Facebook dan kurang seperti lain dominan laman Q&A.

Labels: