Google Disaman USD65,000 kerana Kesalahan Search Suggestion


Enjin carian hari ini adalah tanda kecanggihan dan ramai rasa ia lebih mudah untuk digunakan. Google khususnya inovator yang terbesar di dalam ruang carian dan dengan hal-hal seperti 'Search Suggest', 'Google Instant Search' dan lain-lain, ada juga pengguna mendapati semua tu tak diperlukan. Tetapi kecanggihan adalah berharga kepada Google walaupun tak banyak.

Kesalahan terkini bagi teknologi carian Google adalah tentang 'penyalahgunaan' atau 'merosakkan reputasi' pada search suggestion dalam Google Perancis. Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh syarikat insurans Perancis Lyonnaise de Garantie, penambahan perkataan "escroc" yang bermaksud 'penjahat' dalam bahasa Perancis pada search keyword syarikat tersebut, mencemarkan nama baik syarikat.

Sebuah mahkamah Perancis bersetuju dengan aduan itu dan memutuskan untuk Google dikenakan denda. Jumlah tersebut adalah 50,000 Euro atau sekitar USD65,000.

Penghakiman adalah sangat kritikal kerana kekurangan campur tangan manusia dengan radas carian Google, dan memberi contoh bahawa penambahan perkataan "bersalah kepada syarikat itu". Penghakiman tersebut juga dipanggil "kawalan manusia" pada enjin carian Google. Menurut Google, fungsi auto-complete "mengandaikan apa yang manusia fikir" adalah hasil daripada algoritma automatik.

Google sudah tentu tidak akan mempunyai sebarang kesulitan dengan 50,000 Euro, tetapi denda itu membuat ia menggunakan campur tangan manusia lebih pada permintaan carian. Perkataan tambahan sudah tentu akan dibuang.

Labels: