Google+ Mencapai 90 Juta Pengguna

Google+, rangkaian sosial yang baru ditubuhkan Google kini mempunyai 90 juta pengguna mengikut kepada Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Larry Page.

Larry Page mendedahkan bilangan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan bagi suku keempat Google. "Saya sangat teruja dengan peningkatan Android, Gmail dan Google+, yang kini mempunyai 90 juta pengguna di seluruh dunia - lebih daripada dua kali ganda apa yang saya telah umumkan tiga bulan lalu," kata beliau.

Anggaran rasmi terakhir Google bagi pangkalan pengguna Google+ adalah 40 juta, pada bulan Oktober. Pada bulan Disember, Paul Allen, pemerhati Google+, mendakwa rangkaian tersebut mempunyai 62 juta pengguna. Pada awal Januari, Experian Hitwise meramalkan bahawa Google+ akan mencecah 400 juta pengguna menjelang akhir tahun 2012. Google tidak mendedahkan sumber angka-angka terbaru. Penganalisis juga enggan meramalkan berapa ramai pengguna Google+ pada akhir tahun 2012.

Google+ yang diperkenalkan pada bulan Jun 2011, telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Facebook, mungkin mencecah 1 bilion pengguna menjelang Ogos, menurut seorang penganalisis.

Google+ juga dilaporkan akan mendapat penelitian yang lebih dekat daripada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan selepas syarikat itu memperkenalkan "Search plus Your World," satu inisiatif yang menggabungkan Google+ dengan carian Google.

Labels: