Hubungan dan Interaksi Ibu Bapa dengan Anak di Facebook

Menurut infografik terbaru yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan pasaran Lab42, ibu bapa memerhati gerak geri anak-anak mereka melalui Facebook, dengan banyak menyemak halaman profil mereka setiap hari.

Kajian telah dijalankan di kalangan 500 pengguna sosial media sosial - mendapati bahawa 92% daripada ibu bapa menjadi friends di Facebook dengan anak-anak mereka (daripada semua peringkat umur) dan banyak lagi kini menggunakan Facebook untuk memantau interaksi anak-anak mereka. Keselamatan telah dijadikan sebagai alasan untuk melihat profil anak mereka dan diikuti oleh rasa ingin tahu.

Walau bagaimanapun, anak-anak juga memeriksa laman Facebook ibu bapa mereka. Malah, mereka sentiasa menulis sesuatu pada wall ibu bapa mereka dan komen gambar. Tapi masih, kebanyakan ibu bapa yang memulakan friend request, dengan 55% menghantarnya dan bukannya menerima.

Untuk melihat statistik dengan lebih lanjut mengenai interaksi ibu bapa dan anak-anak di Facebook, lihat infografik di bawah.

Labels: ,