LG bersama Google Bagi Menjayakan Google TV


LG Electronics Inc akan mengumumkan Google TV pertama tak lama lagi, menyertai Sony Corp dan Samsung Electronics Co dalam kerjasama dengan gergasi carian untuk mendapatkan tapak di pasaran baru Internet TV.

Google berharap mereka akan mengulangi kejayaan perisian mudah alih Android dalam pasaran TV, tetapi cubaan untuk menakluk kehidupan kat rumah telah menyaksikan kejayaan yang terhad setakat ini disebabkan oleh kekurangan kandungan laman web dan sokongan daripada pengeluar perkakasan.

Google TV membolehkan pengguna untuk mengakses video dalam talian dan laman web di TV mereka, serta aplikasi khusus seperti permainan video. Pada masa ini ia datang terbina dalam model televisyen tertentu Sony dan Samsung.

Google berkata di blog mereka bahawa pembuat cip Marvell Technology Group, pereka cip MediaTek dan pengilang TV VIZIO juga akan menjadi rakan kongsi baru untuk perkhidmatan Google TV.

Labels: