YouTube Memperkenalkan Player Baru

YouTube belum siap sepenuhnya lagi dalam ubahsuai semual player YouTube, ia mula menguji butang baru dan sedikit perubahan baru awal tahun ini, tetapi ia kini telah memperkenalkan yang baru, player yang boleh diubah saiz secara dinamik.

Khususnya, saiz pemain 'besar' tidak lagi tetap tetapi menyesuaikan dirinya kepada saiz tetingkap, lebih tepat, lebar. Ini bermakna bahawa orang-orang yang ada monitor besar dan lebar akan dapat menonton video yang mengambil sebahagian yang lebih besar skrin tanpa benar-benar guna full-screen.
Saiz player yang lebih besar
Mereka yang mempunyai monitor kecil, walaupun dengan nisbah aspek 4:3, juga mendapat manfaat daripada perubahan ni, lebih-lebih lagi kerana video yang tidak benar-benar meliputi UI YouTube. Sehingga kini, butang 'besar' akan menambah saiz pemain video sedikit dari asal dan juga meningkatkan kualiti video 480p, dari 360p.

Jika anda mengubah kualiti video 720p atau bahkan 1080p, saiz pemain pada skrin kekal yang sama. Player baru YouTube, apabila ditetapkan ke 'besar,' menyesuaikan diri dengan saiz skrin (secara teknikalnya mengikut saiz tetingkap pelayar).

Player yang besar adalah idea yang baik, salah satu ciri-ciri yang paling diminta daripada eksperimen Panda Cosmic adalah player yang bersaiz besar. Pengubahan saiz secara dinamik juga idea yang baik, Google telah bergerak ke arah reka bentuk laman web yang menyesuaikan diri dengan saiz tetingkap, Gmail baru sebagai contoh. Tetapi dalam kes ini, mungkin pilihan terbaik akan memberi pengguna pilihan untuk bertukar-tukar antara ketiga-tiga saiz.

Labels: