Sejak YouTube menggunakan akaun Google, Google tak menghadapi apa-apa masalah untuk mengintegrasi perkhidmatan mereka dalam YouTube. Rekabentuk terbaru YouTube menjadikan integrasi dengan rangkaian sosial lebih mudah dan akses video dari Google+ hanya dengan satu klik.
YouTube kini menguji header yang sudah dipaparkan dalam Carian Google, Gmail, Google Docs dan banyak lagi perkhidmatan Google yang lain. Header menunjukkan notifikasi Google+, membolehkan anda berkongsi video dengan pengguna Google+ dan link yang berkaitan untuk profil Google anda.
Sekarang ni, header Google+ hanya akan dipaparkan jika anda ada akaun YouTube dan anda log-in menggunakan akaun Google anda. Jelas sekali, anda perlu menyertai Google+ untuk melihat ciri-ciri baru.
-sumber dari blog Google Operating SystemLabels: Google+, Youtube