Google Latitude vs Foursquare

Google Latitude
Entri sebelum ni saya dah tulis pasal Google yang ingin menyaingi Foursquare dengan Google Latitude. Sekarang banyak platform berasaskan lokasi muncul, lebih banyak mereka mucul menjadikan orang ramai menjadi kurang prihatin tentangnya.

Foursquare adalah yang pertama muncul, mungkin platform berasaskan lokasi paling popular. Ia semakin menghadapi persaingan daripada perkhidmatan Google, Google Latitude. Foursquare mempunyai perkongsian, manakala Google mempunyai kesetiaan di kalangan pengguna produk Google. Soalan yang bermain difikiran, "siapa yang akan menang pada akhirnya?"

Jawapannya adalah amat sukar untuk diagak, tetapi jika tambahan terbaru Google ke Latitude adalah hanya untuk penambahan produk, persaingan mungkin tidak bertahan lama. Google nampaknya akan menggunakan pemilikan platform Android mudah alih untuk bertapak di lokasi yang berasaskan check-in di pasaran.

Google telah memperkenalkan sistem points dan ranking. Sistem baru ini akan dapat melihat kedudukan pengguna di leader board berdasarkan kekerapan penggunaan.

Sistem baru ini sudah tentu akan menarik lebih ramai pengguna untuk platform Google dan walaupun Foursquare tidak membuat masalah besar, ia benar-benar hanya menunggu masa.

Labels: ,