Google Memang Baca Gmail Anda

Ia bukan sahaja mengenai dasar privasi yang baru, kata Microsoft. Malah, kata Microsoft lagi, Google tidak menawarkan pilihan yang banyak untuk menyimpan barangan anda untuk diri sendiri. Emel dihantar dan diterima daripada Gmail tidak lagi peribadi, seperti apa yang sepatutnya.

Microsoft mendakwa emel tidak lagi perkara peribadi di Gmail. Google memang baca emel dalam Gmail anda, dalam usaha untuk mempelajari apa jenis iklan untuk disiarkan. Video di bawah ini akan menjelaskan semua.

Baru-baru ini, Google mengumumkan satu siri perubahan untuk dasar privasi, dan Microsoft memutuskan sudah tiba masanya untuk mula memberitahu orang ramai tentang kekurangan kawalan mereka ke atsa data peribadi mereka apabila menggunakan perkhidmatan Google.

Google menyarankan bahawa kata-kata Microsoft sebagai tidak menghormati privasi pengguna dan ia yang menghadkan kawalan penguguna ke atas data mereka adalah hanya mitos.

Pada asasnya, apabila menggunakan perkhidmatan Google, untuk memastikan bahawa tiada siapa yang mengintip ke dalam aktiviti internet anda apabila anda melakukan carian atau menonton video, anda perlu mempunyai beberapa akaun berlainan, atau menggunakan pelayar yang lain untuk aktiviti yang berbeza.


Labels: , ,