R.I.P. Rowan Atkinson: Mr Bean dibunuh oleh Twitter

Selebriti sentiasa menjadi sasaran penipuan kematian di Twitter. Dan Rowan Atkinson, bintang Mr. Bean telah dimasukkan ke dalam senarai yang semakin meningkat pada awal pagi Ahad 26 Feb, 2012.

"R.I.P Rowan Atkinson" adalah bahagian atas tren di Twitter dan apa yang lebih menarik, laman ensiklopedia Wikipedia telah tertipu kali ni. Khabar angin kematian datang dari Michael Robert Meras, pengguna Twitter Filipina, yang hantar tweet di sekitar jam 11 pagi Ahad, mendakwa "R.I.P Rowan Atkinson."

Tweet tersebut menjadikan ia heboh di Twitter. Desas-desus menular pada pagi Ahad dalam Twitter dan sesetengah orang mula membuat spekulasi sama ada ia benar atau hanya khabar angin. Ada juga yang percaya bahawa Atkinson sesungguhnya dah mati dan memberi penghormatan terakhir kepada pelakon tersebut tanpa pengesahan.

Lebih buruk, pengguna lain Twitter dari Filipina hantar tweet berkata, "Kakak saya adalah pelajar yang bekerja di London dan dia juga mengesahkannya, beliau telah meninggal semalam."

Maklumat salah tersebut telah menyebabkan laman Wikipedia dari pelbagai bahasa, untuk mengemaskinikan laman pelakon itu dengan memasukkan tarikh kematian pelakon sebagai "26 Februari 2012" di muka suratnya. Walau bagaimanapun, sisipan itu telah dipadam tidak lama kemudian.

Sementara itu, Meras mungkin membuat lawak yang kurang ajar dan melampau, dan dia mampu mencatatkan satu lagi penjelasan tweet, berkata "berhenti sekarang. Maaf, RIP Rowan Atkinson itu hanya bahan jenaka. Maaf untuk perkara itu, saya tidak fikir ia akan menular. We love MrBean. "

Labels: