Platform Komen Dari Google+ Akan Datang

Platform Komen Dari Google+
Google mungkin sedang menyediakan sistem komen pihak-ketiga yang ditetapkan untuk dilancarkan tidak lama lagi. Platform ini akan menjadi sama dengan plugin komen Facebook dan akan bergantung kepada Google+. Tidak ada pengesahan rasmi untuk perkara ni, tetapi ia akan menjadi satu produk yang menarik, walaupun ia adalah satu lagi salinan ciri-ciri yang sedia ada.

Buat masa sekarang, platform tersebut akan di-link-kan dengan Google+ tetapi akan disepadukan dengan produk Google yang lain juga, dengan cara yang sama Google+ disepadukan, jika hanya melalui share box.

Laman lain akan mampu untuk memuatkan kotak komen juga. Lagipun, kini terdapat beberapa platform komen popular, yang percuma seperti Disqus dan semestinya plugin Facebook.

Facebook telah mendapat banyak kejayaan dengan plugin komen. Laman-laman web yang menggunakannya membolehkan pengguna untuk meninggalkan komen tanpa membuat akaun, kerana mereka sudah tentu mempunyai akaun Facebook, manakala juga memaksa mereka untuk memberikan identiti sebenar, profil Facebook mereka.

Perkara yang sama dengan platform komen Google, perbezaannya adalah ia Google dan bukan Facebook. Ia boleh menjadi alasan yang cukup bagi laman-laman tertentu. Kira-kira seperti ramai orang mempunyai akaun Google seperti yang mereka lakukan dengan Facebook, jadi tidak ada masalah, walaupun platform mungkin akan memerlukan profil Google+.

Labels: ,