Twitter Tutup TweetDeck Untuk Sementara

tweetdeck
Twitter telah menutup akses kepada TweetDeck selepas pengguna mendapati pepijat yang memberikan dia akses kepada beratus-ratus akaun lain, lapor Techcrunch. Aplikasi web TweetDeck baru nampaknya sekarang offline dan tak membenarkan pengguna untuk log masuk. Kami telah mengesahkan bahawa versi web TweetDeck saat ini sedang down, walaupun edisi desktop dan Android boleh terus menerima dan menghantar Tweets pada masa ini, dan masih boleh log keluar dan masuk.

Pengguna tersebut, Geoff Evanson , yang disebut penerbitan bahawa dia telah diberi akses kepada sekumpulan akaun pengguna yang lain, menghantar e-mel yang menerangkan isu ini:
I’m a tweetdeck user. A bug has given me access to hundreds of twitter and facebooks account through tweetdeck. I didn’t do anything special to make this happen. I just logged in one day, the account was was slower than normal, and I could post from many more accounts.
Nampaknya, Evanson telah mengalami crash menggunakan klien web ini, jadi dia muaturun versi Mac daripada TweetDeck. Ia juga crash kepadanya, tetapi tidak sebelum memaparkan aliran pengguna lain dan membenarkan beliau untuk menghantar kepada mereka. Twitter juga telah mengesahkan bahawa mereka telah tutup sementara mereka betulkan isu ni.
tweetdeck issue
Twitter mengemaskini aplikasi TweetDeck sebelum ini, membawa kembali fungsi RT, menambah pratonton media dan banyak lagi. Twitter berkata bahawa ia akan terus menangani mengenai isu.

Labels: