Yahoo Meme Akan Ditutup Dalam Masa Dua Bulan

Yahoo Meme
Yahoo telah mengumumkan bahawa dalam beberapa bulan lagi mereka akan menutup Yahoo Meme, yang mungkin anda baru mendengarnya buat pertama kali. Laman web ini adalah Yahoo mengambil keratan dari Twitter tanpa melebihi had 140-karakter, juga mengambil beberapa petikan dari Tumblr.

Perkhidmatan debutnya dalam bahasa Portugis, mensasarkan Brazil, dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Tetapi dua tahun selepas pelancaran, ia gagal untuk mencipta sebarang buzz dan Yahoo telah berputus asa.

Bercakap pasal buzz, Meme menyertai Google Buzz dan Yahoo Buzz sendiri dalam senarai perkhidmatan perkongsian sosial yang kurang mendapat perhatian.

"Meme akan dihentikan pada Mei 25, 2012. Anda tidak perlu untuk mengambil apa-apa tindakan. Tetapi jika anda mahu, anda boleh mengeksport semua siaran anda atau memadam akaun anda," umum Yahoo.

"Pada 25 Mei, kita akan menutup tapak dan semua URL Meme tidak akan boleh diakses. Dari titik ini, anda tidak akan mampu untuk mengakses Meme lagi. Akaun Yahoo anda tetap tidak terjejas," jelas syarikat itu.

Yahoo telah menutup kebanyakan produk untuk beberapa tahun sekarang, jika tidak lebih dan apa yang ia tidak tutup adalah sumber luar, termasuk enjin carian. Baru-baru ini, ia lebih berminat dalam memerah wang daripada syarikat-syarikat yang dah berjaya dan bukannya cuba membuat pembaharuan dengan sendirinya.

Labels: