Facebook Lancarkan Butang "Listen"

Facebook akan menjadi tempat yang lebih baik untuk pemuzik berkongsi muzik mereka, setelah fungsi atau perkhidmatan baru dilancarkan, butang "Listen" dengan hanya terdapat di pages pemuzik.

Ia kelihatan seperti Spotify akan menjadi perkhidmatan pilihan untuk ciri ini, tetapi ternyata bahawa Facebook secara automatik akan menjalankan perkhidmatan muzik yang pengguna paling suka. Ini akan menjadi satu keuntungan besar bagi perkhidmatan seperti Spotify dan Rdio, yang sudah dapat dilihat melalui pautan dari Timeline dan real-time listening di Facebook Ticker.

Berikut adalah bagaimana butang Listen kelihatan apabila anda melawat halaman pemuzik di Facebook:

Facebook Listen

Ciri baru ni akan membuat Facebook tempat yang paling sesuai untuk mencari artis baru, kerana apabila anda melihat rakan anda telah Like band yang anda tidak pernah dengar tentangnya, anda boleh terus mendengar beberapa tracks mereka.

Ini adalah mengapa perkhidmatan seperti Spotify yang digabungkan dengan Facebook menjadi mimpi terburuk bagi Apple. Ini bukan sahaja memberi lebih ramai orang sebab untuk melekat di Facebook, ia benar-benar mengubah cara orang menerokai muzik.

Labels: