Google+ Mendapat Rekabentuk Baru

Google hari ini telah mengumumkan mereka akan melancarkan versi baru Google+ yang dirombak, membolehkan pengguna mengubah dengan cara sendiri bagaimana laman rangkaian sosial itu kelihatan, memaparkan kandungan yang relevan kepada mereka dan datang bersama-sama dalam antara muka Hangouts yang baru.

Mereka menyatakan dengan lebih lanjut dalam blog post rasmi, yang menyatakan bahawa rangkaian sosial itu kini mempunyai 170 juta ahli yang aktif. Dengan itu, syarikat itu berkata ia mahu mempercepatkan usaha "untuk menjadikan Google lebih mudah, lebih cantik."

Sebelum ni semua ikon berada di atas, Google telah menyediakan pengguna Google+ dengan reben aplikasi yang dinamik di sebelah kiri yang boleh diheret ke atas atau ke bawah mengikut citarasa sendiri, hover tetikus ke atas ikon untuk mendedahkan satu tindakan cepat atau membuang mereka sama sekali.

Google berharap bahawa dengan menyediakan anda dengan pilihan ini, ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan keutamaan anda kerana anda sendiri yang menggunakannya. Ini membolehkan syarikat itu melancarkan ciri-ciri baru dan memberikan anda pilihan untuk memilih yang mana yang terbaik untuk anda.

Labels: