Microsoft Cuba Jual Bing kepada Facebook

Bulan lepas, kami membawa berita yang Facebook sedang bekerja pada enjin carian sendiri. Projek itu dilaporkan mempunyai 24 jurutera Facebook yang bekerja menyiapkannya dan diketuai oleh tidak lain daripada Lars Rasmussen, bekas pekerja Google.

Namun begitu kini, ia kelihatan seperti ini adalah satu kejutan Facebook ke dalam dunia carian. Menurut The New York Times, Microsoft sebenarnya cuba untuk menjual enjin carian mereka, Bing, kepada Facebook awal tahun lepas.

Walaupun terdapat khabar angin pada masa itu yang mereka akan berbuat demikian, tapi tak ada sumber yang betul-betul sah. Memandangkan bahawa Bing telah kehilangan wang secara konsisten untuk Microsoft selama ini, beberapa ekskutif Microsoft membuat overtures ke Facebook, yang Microsoft mempunyai hubungan yang sangat mesra, supaya Microsoft dapat lepas tangan daripada enjin carian tersebut.

Overtures ini, yang tidak diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Steve Ballmer, rebuffed oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg. Zuckerberg menolak tawaran itu, berkata bahawa Facebook mempunyai terlalu banyak perkara untuk dibimbangkan dari perjanjian sedemikian.

Sudah tentu, kemungkinan enjin carian Facebook menambah satu lagi cerita yang menarik. Facebook memang menjadikan Google sebagai sasaran dengan projek itu, tetapi dengan mewujudkan enjin carian sendiri dan bukannya membeli Bing, Facebook mungkin dapat menggandakan jumlah persaingan yang Bing hadapi dalam pasaran carian. Jika enjin carian Facebook terbukti popular dan menguntungkan, ia berpotensi untuk merenggangkan hubungan Facebook dan Microsoft.

Labels: ,