Beribu Kata Laluan Akaun Twitter Didedahkan

Kata Laluan Akaun Twitter

Twitter sedang menyiasat tentang pendedahan beribu-ribu kata laluan akaun pengguna dan alamat e-mel.

"Kami sedang menumpukan perhatian kepada situasi ini. Pada masa yang sama, kami menggalakkan penukaran semula kata laluan kepada akaun yang mungkin telah terjejas," kata jurucakap Twitter Robert Weeks. "Bagi pengguna yang akaun mereka mungkin telah dikompromi, kami mencadangkan menetapkan semula kata laluan anda dan baca kemaskini dalam Help Center kami."

Data pengguna begitu luas yang mengambil masa lima halaman Pastebin untuk dicatatkan, telah diumumkan semalam, meletakkan nombor akaun yang terjejas sekitar 55,000 atau lebih. Ia belum jelas siapa yang mencatatkan data tersebut, dan mengapa.

Robert Weeks mempertikaikan anggaran tersebut, mengesan bahawa banyak kata laluan dan akaun kelihatan seperti disalin.Senarai seolah-olah sedikit ganjil, dengan kata laluan yang kelihatan susah untuk diteka, dan pemisahan antara alamat e-mel dan ID pengguna yang penggodam Adrian Lamo berkata di Twitter tidak mewakili dump kata laluan biasa.

Labels: