Facebook Lancarkan App Center

Facebook App Center
Facebook telah menjadi proaktif akhir-akhir ini dalam cara mereka mendekati aplikasi sosial yang menggunakan Facebook. Untuk meneruskan trend aplikasi Facebook di peranti mudah alih, Facebook mengumumkan App Center. Ia adalah hab di mana aplikasi sosial dikumpul untuk telefon bagi dimuat turun. App Center akan dilaksanakan di Web dan pada iOS Facebook dan aplikasi Android pada minggu-minggu akan datang.

Dengan sistem baru, setiap aplikasi akan mempunyai laman mereka sendiri. Ia bukan seperti laman aplikasi Facebook sekarang di mana pengguna hanya Like aplikasi tertentu dan terus gunakannya. Ini lebih mirip kepada store sebenar untuk aplikasi.

Kalau sekarang, pengguna perlu mencari aplikasi di Facebook menggunakan bar carian yang sama mereka gunakan untuk mencari people, groups dan events. Lepas ni, mereka akan boleh mencari dari dashboard yang kelihatan seperti Apple App Store atau Google Play - lengkap dengan penerangan dan penilaian bagi setiap aplikasi.

Facebook umumkan perkara ni lwbih awal supaya para pemaju aplikasi boleh mulakan pembangunan aplikasi mereka. Masih ada beberapa minggu para pemaju menyiapkan laman App Center mereka sebelum Facebokk lancarkannya secara rasmi.

Labels: