Samsung Galaxy S III Telefon Rasmi Sukan Olimpik 2012

Samsung Galaxy S III
Visa telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S III akan menjadi telefon pintar rasmi bagi Sukan Olimpik London 2012, menawarkan pembayaran NFC kepada atlet ketika mereka sedang bertanding sukan tu nanti.

Dilancarkan minggu lalu (Malaysia pada bulan Jun), Galaxy S III adalah telefon pintar Android terbaru dari Samsung, menampilkan skrin 4.8-inci Super AMOLED (dengan paparan 1280 × 720 HD), 1.4 GHz pemproses Exynos 4 Quad, kamera 8-megapiksel, storan dalaman 32GB dan pelbagai perkara baru, eye-tracking dan ciri-ciri perisian yang membuat ia lebih mudah untuk berkongsi kandungan dengan rakan-rakan, membuat panggilan dan mencari maklumat baru.
VISA payment
Visa dan Samsung akan melancarkan edisi terhad telefon bimbit Galaxy S III Olimpik untuk sukan tersebut.

Difahamkan, Visa berminat dalam keupayaan NFC telefon ini, dimuatkan dengan versi khas bertema aplikasi Android payWave (dalam perkongsian dengan Lloyds TSB) untuk menawarkan pembayaran kepada atlet kepada beberapa perusahaan di seluruh bandar dan laman web rasmi Olimpik.

Untuk memudahkan pembayaran tersebut, Visa mensasarkan untuk mempunyai lebih daripada 140,000 contactless terminals yang terdapat di seluruh UK. Syarikat itu telah pasti bahawa teksi, peruncit dan Taman Olimpik semuanya dilengkapi dengan teknologi.

Labels: ,