Google+ Lancarkan Hangouts On Air

Hangouts On Air
Tahun lepas Google+ telah memperkenalkan Hangouts On Air kepada penyiar (broadcasters) yang terpilih sahaja. Membolehkan pengguna untuk pergi bersiaran langsung dengan rakan-rakan dan peminat, untuk tontonan seluruh dunia.

Pada hari Isnin, Google+ mengumumkan mereka akan melancarkan fungsi "Hangouts on Air" kepada orang ramai secara berperingkat. Fungsi ini membolehkan anda menyiarkan sesi secara langsung untuk sesiapa sahaja menonton.

Hangouts On Air boleh di-post-kan pada stream Google+ anda, YouTube channel atau laman web dengan mengklik "Enable Hangouts on Air." Ia juga membolehkan anda untuk memantau bilangan penonton, merakamkan sesi secara langsung dan berkongsi.

Labels: