Status Perkahwinan Zuckerberg mendapat 1 juta Likes

Majlis perkahwinan sentiasa menjadi perkara paling besar, tetapi ada sesetengah melangkaui seperti perkahwinan Putera William dan Kate dan banyak lagi.

Kini kita boleh menambah Mark Zuckerberg dan Priscilla ke dalam senarai tersebut. Walaupun tidak ada siapa yang menjangka sehingga upacara perkawinan Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan, perkahwinan pengasas Facebook sememangnya telah menarik perhatian dunia.

Sejak perkara tersebut tersebar hari Sabtu tentang majlis rahsia, lebih daripada 1 juta pengguna Facebook klik butang Like untuk penukaran status Zuckerberg kepada "married."

Update status Chan di Facebook sementara itu telah menerima lebih 39,000 Likes. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana, terutamanya memandangkan status Zuckerberg sebagai billionaire rangkaian sosial terbesar di dunia, yang lewat minggu lalu menaikkan kira-kira $16 bilion dalam IPO. Kurang daripada 100 tetamu yang hadir, setelah tiba untuk apa yang mereka fikir akan menjadi sebuah sekolah parti tamat pengajian bagi Chan.

Labels: ,