Twitter Mula Hantar Emel Komplasi Tweets untuk Seminggu

Twitter sekarang mula menghantar pengguna digest e-mel mingguan tweets "yang paling relevan" dan cerita-cerita yang dikongsi oleh orang yang mereka follow.

Pengenalan ciri tersebut bermula beberapa bulan selepas Twitter mengambilalih Summify, syarikat baru yang mengumpulkan berita dari pelbagai rangkaian sosial pengguna dan disusun dalam e-mel. Pasukan Summify berpindah dari Vancouver ke ibu pejabat Twitter di San Francisco.

Dalam sebuah posting blog, Twitter berkata cerita dalam emel lebih menyerupai tab Discover di laman Twitter. Iaitu, ada maklumat utama, ringkasan, dan kemudian deretan thumbnail menunjukkan siapa yang tweeted cerita. Pengguna boleh klik tajuk utama untuk membaca cerita, periksa tweets berkaitan daripada orang yang mereka follow, dan klik link dalam emel kepada tweet sendiri.

Tweets dipaparkan seperti mana di Twitter, dan emel termasuk tweet yang menarik imaginasi orang pengguna follow, walaupun jika pengguna tidak follow orang penghantar tweet yang sebenar. Anda boleh lihat siapa di kalangan followees anda retweeted atau Favorited tweets itu.
"We're rolling out this new e-mail to everyone over the next few weeks, so keep checking your inbox for new messages from Twitter. Like other Twitter e-mail notifications, you can manage your preferences for this new digest in your notification settings." Othman Laraki, Twitter's director of Growth and International

Labels: