Yahoo! Axis Mahu Tentukan Semula Carian dan Pelayaran Web

Yahoo Axis
Yahoo! hari ini mengumumkan pelancaran Yahoo! Axis, pelayar web baru versi mudah alih dan desktop plug-in. Perisian itu berharap untuk mentakrifkan semula bagaimana pengguna mencari dan melihat web dengan interaksi carian "visual" dan dengan menyegerakkan melayari web antara peranti. Axis kini boleh didapati sebagai aplikasi untuk peranti iOS dan sebagai plug-in atau add-on untuk pelayar desktop HTML 5.

Pada peranti iOS, seperti iPhone, iPod, atau iPad, Axis berfungsi sebagai pelayar bersendirian. Apabila pengguna log masuk ke Axis menggunakan Yahoo!, Facebook, atau akaun Google, mereka boleh browse, bookmark, simpan pautan, carian pada URL bar. Ia adalah hasil carian Yahoo! membuat Axis sebagai pelayar yang berjaya.

"Our search strategy is predicated on two core beliefsā€”one, that people want answers, not links and two, that consumer-facing search is ripe for innovative disruption. With Axis, we have re-defined and re-architected the search and browse experience from the ground up." kata Seth Shashi, Naib Presiden Kanan Perhubungan Yahoo!.


Apabila pengguna mencari menggunakan Axis, bar carian mengembang dan memaparkan preview thumbnail keputusan carian. Keputusan boleh swipe dengan mudah pada peranti mudah alih. Fungsi carian Axis termasuk apa yang Yahoo! panggil "instant answers," yang merupakan jawapan kepada soalan yang biasa ditanya atau maklumat seperti filem dan cuaca tempatan. Di samping itu, dengan menglik butang panel pengguna boleh menukar keputusan carian web kepada hasil carian imej yang dipaparkan dalam bentuk grid yang mudah.

Satu lagi ciri aplikasi baru Yahoo! adalah Axis Home Page, yang mengumpulkan semua bookmarks pengguna, pautan, dan laman yag selalu dilawat ke dalam antara muka yang mudah dilayari. Ini juga halaman di mana pengguna boleh terus melayari dengan pautan di mana mereka tinggalkan pada peranti lain. Halaman rumah adalah fully customizable, yang membolehkan pengguna untuk membuat folder dan menyusun kandungan yang mereka ingini.

Labels: