Digg Telah Diambil Alih Betaworks

Digg, tapak komuniti perkongsian berita telah dibeli oleh Betaworks, CEO Digg Matt Williams hari ini mengumumkan di sebuah blog post syarikat.

Biasanya, ini akan menjadi satu perkara yang baik, lebih-lebih lagi kerana syarikat itu telah membuat usaha yang serius untuk menjual dirinya dalam masa enam bulan yang lepas. Walau bagaimanapun, Wall Street Journal melaporkan bahawa harga jualan adalah sangat sedikit iaitu hanya $500,000 - tak masuk akal, lebih rendah daripada gosip sebelum ni; $200 - $300 juta yang mereka mahu pada tahun 2008.

Empat tahun lalu, Digg adalah di barisan hadapan mana-mana perbincangan awam mengenai evolusi industri berita. Laman yang mempunyai pangkalan pengguna yang aktif yang boleh menjana puluhan ribu pengunjung kepada mana-mana laman web yang mempunyai link di muka depan. Tapi itu dahulu, dan sekarang ini yang berlaku.

Mengikut terma-terma perjanjian itu, versi cloud-based Digg akan dibina dan akhirnya disepadukan ke dalam perkhidmatan pengumpulan berita News.me dari Betaworks. Juga, Williams akan meletak jawatan sebagai CEO dan menyertai Andreessen Horowitz sebagai Usahawan di Residence. Kebanyakan teras kejuruteraan dan kakitangan pengurusan Digg sudah berpindah ke Washington Post Company.

Penjualan ini berlaku selepas rundingan dengan beberapa penerbitan yang berpotensi, seperti WaPo dan CNN. Perjanjian itu juga akan melihat pengasas Betaworks John Borthwick melangkah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru Digg.

Labels: ,