Facebook Lancarkan Malware Checkpoint untuk Keselamatan Pengguna

Pada bulan April lepas, Facebook melancarkan Facebook Anti-Virus Marketplace, yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan percubaan percuma perisian anti-virus daripada nama-nama besar seperti McAfee, Sophos, Symantec, dan Microsoft.

Mereka juga menggabungkan pangkalan data syarikat tersebut ke pangkalan data URL senarai hitam mereka sendiri bagi membantu mereka menghidu ancaman yang berpotensi di laman web.

Sekarang, untuk membolehkan pengguna bersifat "proaktif," Facebook telah menubuhkan malware checkpoint yang memberikan pengguna mengakses kepada McAfee Scan dan Repair atau Microsoft’s Security Essentials.

"Sebelum ini, jika anda rasa anda mungkin mempunyai malware yang dipasang pada peranti anda, anda sama ada akan perlu menjalankan anti-virus pada peranti atau tunggu sehingga Facebook mengenal pasti ancaman," Facebook menulis ditapaknya.

Facebook dah agak lama memberi tumpuan kepada mengurangkan penyebaran malware. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah membangunkan sistem yang proaktif dalam mengenal pasti kandungan spam dan lain-lain yang berniat jahat yang dicatatkan di Facebook.

Labels: