Facebook Memudahkan Perkongsian Muzik

Sejak Facebook mengumumkan perkongsian mereka dengan Spotify, laman web tersebut telah menjadi destinasi utama untuk berkongsi muzik anda dengan rakan-rakan dan menemui artis baru yang berdasarkan posts rakan anda.

Terdaulu, Facebook menambah butang "Listen" untuk Timelines artis yang memudahkan untuk melayari melalui playlist mereka dan mendengar apa yang mereka tawarkan.

Dan sekarang, Facebook menjadikan lebih mudah untuk berinteraksi dengan artis dan lagu-lagu mereka dengan penambahan beberapa ciri Timeline baru.

Kini muncul pada Timelines beberapa artis adalah butang "Music", yang terletak di sebelah kanan pilihan "Post" dan "Photo/Video" berhampiran bahagian atas kandungan Timeline.

Kat situ juga anda boleh mencari lagu yang ada dalam Spotify:
Facebook juga telah menguji butang "Share Music" di bahagian atas News Feeds pengguna. Dengan butang itu, pengguna boleh berkongsi sebuah lagu untuk tempoh masa mereka sendiri (dan News Feeds rakan-rakan mereka) dengan Spotify dan seumpamanya tidak perlu meletakkan pautan dari YouTube.

Labels: