Twitter: Masalah Pusat Data Sebabkan Gangguan

Twitter menyalahkan kegagalan sistem, bukannya disebabkan trafik berkaitan Sukan Olimpik - bagi gangguan pada hari Khamis yang menyaksikan pengguna hadapi masalah mengakses laman blog mikro untuk lebih daripada satu jam.

Syarikat berpangkalan di San Francisco berkata gangguan itu disebabkan oleh kegagalan "yang perlu diberi perhatian" dua kali di pusat data. Apabila satu sistem gagal, satu lagi yang selari perlu ambil alih, tetapi dua sistem secara kebetulan tidak berfugsi pada pada waktu yang sama, kata Twitter.

"Saya harap saya boleh mengatakan bahawa gangguan pada hari ini boleh dijelaskan oleh Sukan Olimpik atau bug Cascading," Mazen Rawashdeh, Naib Presiden kejuruteraan Twitter, berkata dalam satu kenyataan meminta maaf kepada pengguna. "Sebaliknya, ia adalah disebabkan kegagalan dua infrastruktur."

Beliau memohon maaf kerana memberi pengguna "nothing" dan bukannya perkhidmatan, berkata syarikat itu melabur secara agresif dalam sistem untuk mengelakkan situasi berulang.

Pelawat ke laman web itu pada hari Khamis 26 Julai telah disambut dengan mesej mengatakan bahawa "Twitter is currently down." Ruang di mana sebab bagi gangguan dan tarikh akhir untuk mengembalikan perkhidmatan telah diisi dengan kod komputer.

Labels: