Google Fiber Akan Dilancarkan pada 26 Julai

Google Fiber adalah projek yang paling ditunggu oleh penduduk Amerika tahun ini. Jika ia menjadi, ia mempunyai peluang untuk menjejaskan monopoli ISP lain di AS dengan menyediakan kelajuan pantas pada harga lebih murah.

Google mencabar model syarikat-syarikat seperti Verizon dan Time Warner yang memberikan pengguna kurang kelajuan dengan kos yang mahal di samping menyekat jalur lebar pelanggan.

Google Fiber akan dilancarkan dan kebanyakan ISP lain sedang menunggu apa reaksi pengguna. Penduduk Kansas City menjadi yang petama menikmati masa depan teknologi Internet, Google telah mencipta video kecil yang akan melalui sejarah Kansas City membawa kepada pengumuman bahawa mereka akan menjadi yang pertama untuk mendapatkan Google Fiber.


Best juga kalau Google buat kat Malaysia sekali, baru ternganga ISP broadband yang lain.

Labels: