Sekarang Anda Boleh Pindahkan Circles antara Akaun Google+

Ronald Ho, Pengurus Produk Google+, membuat pengumuman pada page Google+ beliau bahawa anda kini boleh memindahkan circles Google+ dan sambungan anda ke akaun yang lain.

Google menjelaskan, ini akan memindahkan "nama circle, ahli circle," tetapan circle anda dan people serta pages yang anda dah blocked sebelum ni. Bagaimanapun, Google nyatak bahawa ia mengambil tempoh 7 hari sebelum pemindahan dimulakan, dan kedua-dua profil akan mempunyai kefungsian terhad sehingga pemindahan selesai.
Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik "Transfer your Google+ connections to another account" di Google Takeout sekarang.

Labels: