Reka Bentuk Baru Halaman Facebook Photos

Facebook sekali lagi mengubah suai rupa untuk halaman yang memaparkan foto. Kali ini, mereka mengemas kini album, sebelum ni anda lihat thumbnail kecil dan senarai album yang ada. Sekarang anda akan lihat satu muka gambar dari semua album atau dari tempat-tempat lain di laman.

Wajah baru bersesuaian dengan Facebook Timeline, terdapat beberapa reka bentuk yang mempunyai persamaan. Satu lagi perkara yang meminjam dari Timeline adalah keupayaan untuk mengedit butiran gambar secara terus. Ini bermakna anda boleh komen apa-apa pada foto hanya dengan halakan tetikus.

"Dengan gambar Facebook anda semua dalam satu bahagian, ia mudah untuk menunjukkan kepada rakan kegemaran anda. Klik butang bintang untuk membuat gambar penting lebih menonjol," Facebook menjelaskan.
Thumbnail dibentangkan untuk mengisi ruang sebanyak mungkin. Beberapa thumbnail menonjol empat kali lebih besar. Rupa hampir sama dengan kebanyakan laman web lain, terutamanya Google+.

Tapi tidak seperti Google+, Facebook crop semua gambar ke thumbnail persegi, yang dipaparkan berturut-turut. Google menggunakan algoritma yang diambil dari carian imej untuk menyusun semula gambar-gambar thumbnail. Reka bentuk baru ni akan dapat dilihat kepada semua pengguna secara berperingkat.

Labels: