Laman Berita Yahoo! Malaysia Sediakan Halaman Sempena Ramadan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma, kebanyakan laman web besar di Malaysia akan menghiasa halaman mereka dengan unsur-unsur bulan Ramadhan. Yahoo! Malaysia juga tak mahu lepaskan peluang untuk meraikannya, mereka dah lancarkan halaman khas sempena Ramadhan untuk pengguna Malaysia yang beragama Islam.

Laman tersebut menyediakan pelbagai info dan artikel berkaitan bulan puasa. Anda boleh mencari resepi, waktu berbuka puasa, galeri gambar dan banyak lagi.

Untuk menaikkan lagi semangat dan suasana puasa, anda boleh layari laman tersebut yang diberi nama "Ramadan Mubarak".

Labels: