Google Malaysia Lancarkan 3 Fungsi Baru Pada Google Maps


Sekarang pengguna Google Maps di Malaysia boleh merancang dengan perjalanan mereka lebih baik dan mencari maklumat dengan pantas. Google Malaysia telah melancarkan tiga fungsi atau ciri baru untuk tujuan tersebut.

Mereka menambah dua lapisan baru, Trafik dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia. Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan menyatakan dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak dengan lancar berdasarkan kepada kod warna.

"Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," kata Sajith.

Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam. Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.

"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan perkhidmatan," kata Sajith.

Labels: ,