4 Bilion Jam Video Youtube Ditonton Setiap Bulan


Pengguna YouTube sekarang sudah menonton lebih daripada empat bilion jam video setiap bulan. Seorang jurucakap YouTube mengesahkan jumlah tersebut. Youtube juga baru sahaja mengumumkan pada bulan Mei lalu yang pengguna menonton sekurang-kurangnya 3 bilion jam video sebulan.

Laman tersebut juga melaporkan bahawa pengguna YouTube memuat naik 72 jam kandungan setiap minit. Pada musim luruh tahun 2008, pengguna telah memuat naik hanya 10 jam setiap minit video.

Sedang YouTube berbangga dengan kandungan video yang terbaik, anak syarikat Google itu baru-baru ini telah bereksperimen dengan saluran yang lebih asli dan profesional sebagai satu cara untuk menarik penonton yang lebih banyak - dan duit iklan.

Awal tahun ini, YouTube telah melabur lebih daripada $150 juta untuk membiayai saluran yang menampilkan bintang termasuk Amy Poehler dan Wayne Brady. Pada bulan Mei, ia berkata mereka akan membelanjakan lagi $200 juta ke dalam projek tersebut.

Jika saluran baru itu terus berjaya, mungkin lama lagi YouTube mencapai 5 bilion jam video yang ditonton melalui perkhidmatan itu setiap bulan.

Labels: