SKMM akan Bangunkan 500 Kampung Tanpa Wayar di Sabah

Penduduk di negeri Sabah akan berseronok kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan akan membangunkan lagi 500 kampung tanpa wayar (wireless village) di negeri tersebut.

Sebelum ni kat Sabah sudah ada 300 kampung tanpa wayar yang sedang beroperasi. Seperti dilaporkan oleh BERNAMA, SKMM juga akan menaik taraf teknologi 3G untuk memastikan liputan yang lebih baik kepada pengguna.

"Dengan kemudahan yang ada,penduduk di kampung yang terlibat akan dapat menikmati akses internet percuma dan mudah untuk menjelajah ke dunia tanpa sempadan dan meningkatkan dalam bidang IT," kata pengarah SKMM bahagian Sabah dan Labuan, Bukhari Yahya.

Bukhari juga berkata usaha ini juga selari dengan tetapan 28 lagi Pusat Internet 1Malaysia yang sebelum ni dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti di negeri Sabah.

Semakin mudah orang ramai dapat mengakses ke internet sekarang, malah dapat percuma lagi. Harap mereka tida akan sia-siakan kemudahan yang ada dan gunakannya untuk tujuan yang berfaedah.

Labels: ,