Adik Mark Zuckerberg Bekerja dengan Google

Arielle Zuckerberg adik kepada Mark
Seperti dilaporkan sebelum ini, Google telah mengambil alih syarikat platform pemasaran media sosial, Wildfire.

Laman Business Insider telah membawa kepada perhatian orang ramai bahawa Wildfire mengambil Arielle Zuckerberg (gambar), kakak/adik (aku pun tak tahu) Pengasas Facebook dan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg. Ianya agak menarik, memandangkan Google dan Facebook adalah pesaing secara langsung dalam pelbagai bidang.

Arielle tidak segan untuk mengkritik tentang Facebook sebelum ini. Berikut adalah blog post dari bulan September di mana beliau berkata beberapa perubahan Facebook yang dia suka dan tidak.

Arielle adalah seorang pengurus produk di Wildfire. Beliau menyertainya tahun lepas. Dia cukup aktif di Facebook, tetapi nampaknya tidak mempunyai akaun Google+. Itu adalah jauh lebih besar kritikan terhadap produk sosial Google.

Syarikat tersebut mengatakan bahawa, Wildfire akan terus beroperasi seperti biasa, dan tidak akan berlaku perubahan kepada perkhidmatan atau sokongan pelanggan.

Gambar dari laman Facebook Arielle Zuckerberg

Labels: