Hati-hati, Beberapa Akaun Dropbox Telah Digodam

Dropbox telah membuat pengakuan bahawa penggodam telah berjaya mengkompromi beberapa akaun pengguna.

Syarikat itu mengatakan bahawa penggodam mendapat nama pengguna dan kata laluan apabila mereka memecah masuk ke laman web yang lain. Mereka menggunakannya untuk masuk ke "sebilangan kecil akaun Dropbox". Dropbox tidak mengatakan berapa banyak akaun yang terjejas.

No.1 Online Muslim Travel Agency, Book Now!

Dalam berita yang lebih buruk, seorang hacker juga menggunakan kata laluan yang dicuri untuk memecah masuk ke dalam akaun pekerja Dropbox yang mengandungi dokumen dengan senarai alamat e-mel pengguna Dropbox. Alamat e-mel itu akan mula menerima spam!

Jadi, idea yang baik adalah anda perlu menukar kata laluan Dropbox atau sekurang-kurangnya memeriksa sebuah laman baru Dropbox yang membolehkan anda melihat pada semua log-in terkini ke akaun anda. Jika anda melihat sesuatu yang tak kena, tukar kata laluan dengan segera.

Labels: ,