Bing Membolehkan Anda Cari Foto Rakan di Facebook


Bing dan Facebook telah mengintegrasikan perkongsian mereka. Bing kini mampu membolehkan pengguna untuk mencari foto Facebook untuk akaun mereka dan akaun rakan-rakan selepas membenarkan fungsi ini melalui aplikasi Bing.

Apabila mencari seksyen imej pada Bing.com, pengguna kini akan melihat keputusan mereka yang disenaraikan dalam susun atur ala-ala Pinterest (gambar di bawah).

Bing menjadikan pencarian gambar Facebook satu langkah lagi, menambah keupayaan untuk mencari kata kunci tertentu yang telah ditambah untuk caption gambar atau tajuk album, fungsi di mana Facebook sendiri tidak gunakan pada platform sendiri.


Dalam blog post memperkenalkan teknologi baru seorang wakil Bing menulis:

"Dengan lebih daripada 300 juta foto dimuat naik ke Facebook setiap hari, melihat foto adalah salah satu perkara yang paling popular orang lakukan di Facebook. Bing kini membolehkan anda dengan cepat mencari gambar istimewa (daripada beribu-ribu kawan-kawan anda) di Facebook dengan ciri Friends’ Photo baru ."

Hanya kawan yang sudah mempunyai akses kepada gambar-gambar anda sahaja yang boleh mencari gamabr anda, ini menekankan isu privasi, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Untuk cuba fungsi ini, anda boleh ke http://www.bing.com/friendsphotos

Labels: ,