DiGi Tambah 10 Cawangan Roaming


DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah menambah 10 cawangan roaming baru iaitu di Macau, Pakistan, Bangladesh, New Zealand, Poland, Slovakia, Hungary, Serbia, Sepanyol dan Brazil.

Menurut laporan BERNAMA, DiGi menyatakan bahawa perkhidmatan TravelSure Unlimited Roaming akan membolehkan pelanggan terus berhubung dengan kadar roaming Internet di lebih 40 negara di seluruh dunia.

"Dalam semua negara-negara ini, pelanggan kini boleh bebas melayari, e-mel, Facebook, menggunakan perkhidmatan lokasi dan memuat turun aplikasi ke atas mana-mana telefon pintar dan tablet, sama seperti apa yang mereka lakukan di rumah - tanpa rasa bimbang," kata DiGi.

Ketua pegawai pemasaran, Albern Murty, berkata perkhidmatan itu bermakna bayaran data untuk seberang laut akan dihadkan pada kadar tetap setiap hari sebagai serendah RM36 pada rangkaian terpilih di lebih 40 negara.

"Ini bermakna tiada kejutan bil dan pelanggan-pelanggan kami boleh terus berhubung pada media sosial, e-mel dan laman web kegemaran mereka dengan tiada kebimbangan," katanya.

Labels: , ,