Dropbox Perketat Keselamatan dengan Two-Step Verification

Beberapa minggu lalu, Dropbox telah dilanda dengan isu kebocoran privasi/data. Salah satu akaun pekerja Dropbox digodam dengan menggunakan kata laluan yang sama untuk laman-laman yang berbeza. Itulah kesilapan yang biasa, tetapi anda berharap pekerja Dropbox akan tahu lebih baik.

Dropbox belajar dari kesilapan dan antara perubahan yang dirancang dan lakukan adalah melaksanakan Two-Step Verification (pengesahan dua langkah).

Pengesahan dua langkah, adalah kaedah pengesahan yang memerlukan dua langkah. Satu adalah sudah semestinya kata laluan, tetapi mungkin boleh jadi kod yang pengguna terima pada telefon mereka atau dalam e-mel atau dijana oleh aplikasi.

Dropbox bersiap sedia untuk melaksanakan ciri ini dan telah mengeluarkan versi percubaan kepada pelanggan dengan pengesahan dua langkah.

Untuk mengaktifkan Two-Step Verification, anda perlu;

  1. Pergi ke tab Security pada halaman Account preferences. Anda akan nampak pilihan "Two-Step Verification" dalam seksyen "Account sign-in" di bahagian bawah kiri.
  2. Klik pada pautan (untuk pergi melalui wizard untuk mengaktifkannya dan klik butang "Get started" dalam popup yang muncul.
  3. Pilih sama ada "Use text messages" atau "Use a mobile app" bergantung kepada pilihan anda.
  4. (a) Jika anda pilih "Use text messages" anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon. Jika anda tidak selesa dengan itu, pilih pilihan kedua.
  5. (b) Jika anda pilih "Use a mobile app", anda akan perlu pastikan anda mempunyai mana-mana daripada tiga aplikasi yang disokong.
  6. Masukkan kod dan anda akan menerima kod kecemasan backup yang anda boleh gunakan jika anda kehilangan telefon. Tulis, ambil gambar atau apa saja untuk memastikan ia selamat.

Labels: