Google Ambil Alih Wildfire

Google melibatkan diri ke dalam perniagaan pemasaran media sosial dengan pengambilalihan Wildfire.

Wildfire telah pun wujud selama kira-kira empat tahun, dan telah berjaya untuk berkembang kepada 400 pekerja dan 16,000 pelanggan. Perkhidmatan pengurusan jenama media sosial itu telah digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Virgin, Cirque du Soleil dan Spotify.


"Matlamat utama adalah untul kandungan yang lebih baik dan segar, serta interaksi yang lebih bermakna," kata Jason Miller, Google. "Orang ramai hari ini boleh menjadikan suara mereka didengari dalam cara yang sebelum ini mustahil, dan Wildfire membantu perniagaan memartabatkan interaksi mereka (atau mencetuskan satu yang baru)."

"Dalam landskap yang kompleks dan sentiasa berubah, perniagaan mahu untuk mengurus dan mengukur usaha-usaha ini dalam cara yang lebih bersepadu," tambah beliau. "Kita telah berusaha ke arah itu sejak dulu lagi. Sebagai contoh, Google Analytics membantu perniagaan mengukur sumbangan beratus-ratus laman web sosial; perkhidmatan Admeld kami telah membantu untuk menyediakan iklan dalam aplikasi pemaju Facebook; dan platform DoubleClick kami membolehkan pelanggan untuk menjalankan dan mengukur iklan di seluruh laman web sosial. Pada Google+, jenama menggunakan perkhidmatan seperti Vitrue, Buddy Media dan lain-lain untuk menguruskan laman web mereka, dengan banyak lagi yang akan datang."

Google bercadang untuk melengkapkan semua ini dengan pengambilalihan Wildfire. Syarat perjanjian dengan Wildfire tidak dinyatakan.

Labels: ,