Google Lancarkan Account Chooser


Google mengeluarkan Account chooser, yang membolehkan anda dengan mudah bertukar-tukar antara akaun Gmail tanpa perlu untuk enter dan re-enter e-mel anda atau kata laluan.

Untuk enable feature tersebut, anda mesti terlebih dahulu pergi ke link ini, ia akan sign up anda secara automatik jika anda log masuk ke dalam akaun. Akaun tersebut menjadi akaun default dari mana anda boleh menambah orang lain. Anda perlu klik "stay signed in" untuk ciri untuk feature ini berfungsi.

Skrin login Gmail yang baru adalah sebuah kotak kecil yang memaparkan nama anda, alamat e-mel, dan imej jika ada. Anda akan boleh sign-in seluruh produk Google, tetapi syarikat itu mencatatkan bahawa beberapa produk tidak mesra dengan ciri itu lagi. Jika anda cuba untuk mengakses produk Google yang tidak menyokong Account chooser, maka anda akan secara automatik dibalikkan ke akaun default.

Google menyediakan satu set cadangan-cadangan tentang bagaimana untuk melindungi akaun anda jika anda menggunakan Account chooser pada komputer yang dikongsi, tetapi adalah lebih baik untuk tidak mempunyai akaun-bertanda pada komputer yang boleh diakses oleh orang lain.

Labels: