Sasaran Iklan Facebook akan Gunakan Emel dan Telefon


Facebook merancang untuk melancarkan alat pengiklanan baru yang akan membolehkan mereka mensasarkan iklan kepada pelanggan sedia ada berdasarkan nombor telefon dan alamat e-mel.

Mereka melancarkan alat baru minggu depan dan cuba jadikan ia sebagai satu cara untuk perniagaan mendapatkan pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka, menurut jurucakap Facebook.

Bagi mereka yang mungkin bimbang dengan kedudukan privasi disebabkan pertukaran ini, Facebook nyatakan yang proses ini adalah selamat.

Facebook tidak akan mendapat apa-apa data baru dari perniagaan. Apabila pengiklan memberikan data kepada Facebook, ia diteliti terlebih dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin pengiklanan. Apabila iklan diletakkan, Facebook tapis lagi, supaya jika pengiklan mahu letak iklan lain, proses bermula sekali lagi.

Facebook terus memikirkan bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan pengiklanan dengan hasil laporan dan ramalan yang tidak menepati tujuan asal.

Labels: