Integrasi Terbaru Antara Blogger dan Google+

Jika anda log masuk ke dashboard Blogger bermula semalam, anda akan perasan tab baru Google+ yang boleh digunakan untuk mengintegrasikan blog kita dengan Google+.

Sebelum ni, kita dah dapat menghubungkan blog dengan profil peribadi Google+. Sekarang kita juga mampu untuk menyambung kepada pages Google+ untuk perniagaan, organisasi atau jenama.

Jika anda belum sambungkan blog untuk profil Google+, pergi ke tab Google+ pada dashboard dan klik butang untuk naik taraf:

Sambung blog ke page Google+

Kalau anda gunakan page Google+ untuk jenama, perniagaan atau organisasi, anda mungkin nak sambungkan laman web anda dengan halaman ini, berbanding dengan profil peribadi anda.

Pergi ke tab Google+ dan anda akan dapat untuk menukar sambungan Google+ dari menggunakan halaman profil anda ke page Google+ yang berkaitan:

Kongsi entri blog ke page Google+

Sebelum ni pun Blogger dah sediakan integrasi untuk kongsi entri anda ke profil peribadi Google+ setiap kali anda publish entri baru. Kali ni lebih best kerana anda boleh terus kongsi entri ke page Google+ blog dan bukannya laman profil peribadi.


Tapi kalau anda pilih untuk schedule-kan entri, anda tidak akan dapat kongsikan entri ke Google+ secara automatik. Dalam kes ini, anda boleh pilih secara manual pada bila-bila masa selepas itu dengan mengklik pautan Share bawah post anda.

Labels: ,