Mesir Tahan Seorang Pengguna Facebook Kerana Anti-Islam

Polis Mesir telah menahan seorang lelaki Mesir Bishoy Kamel, 32 selama empat hari kerana dituduh melakukan aktiviti yang berkaitan dengan anti-Islam.

Beliau membuat satu page Facebook di mana orang ramai boleh berkongsi kartun yang menjatuhkan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam itu sendiri. Gambaran bergambar Nabi dianggap sebagai satu bentuk berhala, Nauzubillah.

Kamel berkata bahawa ketika dia menguruskan page Facebook di mana kartun itu ditemui, beliau tidak mengawal apa yang orang lain post-kan di sana. Beliau menambah bahawa page itu telah digodam pada hari Sabtu.

Awal tahun ini, polis Mesir menahan seorang budak lelaki berusia 17 tahun bagi kesalahan yang sama. Gamal Abdou Massou disabitkan kesalahan selepas post-kan kartun Nabi Muhammad SAW ke Facebook, di mana kawan-kawannya kemudian kongsikannya. Pada bulan April, seorang hakim menjatuhkan hukuman Massou untuk tiga tahun penjara.

Seperti Massou, Kamel dilaporkan adalah seorang Kristian. Kamel menghadapi sehingga lima tahun penjara jika sabit kesalahan.

Labels: